Thank You Malaysia.

Salam everyone!n I have 5 mins of using internet in Crown Plaza Hotel in Amman Jordan. Rakan-rakan seperjuangan, barisan pemimpin-pemimpin Malaysia, Rakyat Malaysia keseluruhannya, sy mengucapkan jutaan terima Kasih atas segala usaha dan berkat doa mengiringi konvoi Talian Hayat Utk Gaza. Jutaan terima kasih kerana mengadakan pelbagai usaha termasuk solat hajat demi memastikan 12 orang ahli konvoi Malaysia selamat dan keluar dari Israel. Pada masa sama, terima kasih kepada semua media dan saudara wartawan di Malaysia yang sedikit sebanyak meringankan kerisauan mama dan papa dengan bertemu secara peribadi dengan mereka di Alor Setar. Objektif konvoi adalah menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza secara terus, dan sy dan Samsul Kamal berperanan mengetengahkan realiti sebenar kehidupan dan mesej kepada dunia agar kepungan dan dasar Israelisasi rejim Israel dapat dilumpuhkan. Namun kami gagal menjejakan kaki di bumi Gaza. 

Kini sy berharap agar semua pihak berdoa agar kapal Rachel Corrie milik Tun Dr Mahathir dapat menembusi sekatan Israel di perairan Gaza.  6 warga Malaysia terdiri drpd aktivis PGPO termasuk Abang Shamsul Tocang semuanya atas kapal kini bertarung nyawa untuk hantar bantuan ke Gaza dalam gelombang kedua Flotilla. Sy berharap semua berdoa keselamatan mereka terjamin.      

Ashwad Ismail

Wartawan Astro AWANI

35 thoughts on “Thank You Malaysia.

  1. alhmdllah glad all malaysians are safe. pngalaman sdr sertai konvoi n behadapan dgn israel sniri sgt bguna utk membuka mata kita2 (saye) & keperitan yg di alamani warga gaza lebih2 lg. kalau sblm ni kita cuma baca keadaan rakyat palestin, skrg sedikit sebyk dialami oleh rakyat drpd pelbagai negara.

    slmt pulang ke tanahair. truskan pjuangan. sdg ikuti konvoi mv rachel corrie moga2 dlm pelindungan. amin.

  2. salaam. Alhamdulillah you and the rest are safe ! Malaysia is soo proud of you. !! Do not give up 🙂

  3. salam..

    alhamdulillah..
    Keep on praying for Gaza..

    Me myself could not imagined how you and the others feel during that time but i am very sure what u said is true.. it was pure hell.. alhamdullilah again..

  4. Assalamualaikum Ashwad.. Alhamdulillah, syukur Ashwad selamat.. Sangat resah sepanjang kami tidak menerima berita dari Ashwad dan teman2 misi bantuan Gaza.. Sangat marah bile Ashwad dan teman2 diperlakukan begitu.. Doa saya mengiringi Ashwad setiap langkah Ashwad di sana.. Salam perjuangan!

  5. Syukur semua selamat. Bila pulang kami semua menunggu hendak mendengar cerita sepenuhnya. Kami berdoa semoga MV Rachel Corrie akan selamat tiba.

  6. Alhamdulillah walaupun tak sempat jejak kaki ke Gaza namun niat dan mesej tu tetap sampai. Moga diberi kekuatan lagi untuk terus berjuang. InsyAllah.

  7. salam ashwad.
    alhamdulillah semua team sukarelawan malaysia selamat kan.:)

    saya pon rasa tergamam sangat masa dapat berita sal kapal ni diserang. sedangkan saya tak tahu pon rupanya ada misi ke Gaza. dan pasti ramai lagi tak tahu kan. bila dah diserang. baru ramai yang buka mata pasal hal ni.

    btw. syukurla semua selamat. sesungguhnya Israel sangat kejam kan.
    i hope u can share more about ur story spnjanag ada kt sana kan..

    wsalam

  8. Salam En Ashwad..

    Bila En Ashwad dan yang lain nak pulang ke Malaysia? Saya di sini masih mendoakan semoga semua rakyat Malaysia yang berada di sana selamat dan dilindungi oleh Allah…terutamanya bantuan yang akan diberikan oleh anak2 Malaysia Rachel Corrie..dan untuk En Ashwad dan rakan2 pejuang yang lain..Syukur kalian sudah selamat…mari kita sama2 berdoa utk rakan2 yg lain…Amin

    Regards….
    Azwa Izanee, MQA…..

  9. alhmdulillah…smua slamat..
    smg semangat ke Gaza tidak luntur dalam menyatakan kebenaran,jgn lpaskan peluang ke sana lagi kalau ada!!
    dan jmput dtg irbid lagi 🙂 ..

  10. salam ashwad,
    terima kasih atas usaha kalian. semoga allah hitung setiap jerih payah. selalu menunggu berita dai kalian.

    🙂

    tahniah atas kejayaan. misi kita tidak sekali-kali gagal, tapi telah memulakan kesedaran dan gelombang perubahan yang diharapkan berterusan.

    semoga syurga untuk para pejuang

    🙂

  11. Alhamdullilah krn rombongan ashwad tiba ngan selamat di tanah air…semoga perjuangan free gaza akan semakin subur dlm diri masing2 n menjadi inspirasi generasi muda kita…amin

  12. Alhamdulillah…you are back safely. How proud I am to see all you 12 people arrived safely. And more proud to see you all were actually more spirited to proceed with the next step. You look tired on the arrival but still able to smile and make it looks like nothing matter.
    My pray will always go for you guys & those who’s trying to make the Palestinians live.
    Thank you.

  13. Salam.
    Sama-sama diucapkan.
    Lifeline4Gaza mmg satu pembuka mata kpd semua warga dunia, khususnya Malaysia.

    Mula2 x brp nk amik peduli sgt, tapi follow gk ll4g dlm twitter.
    Agak inspired dgn usaha2 semua org utk update whereabouts flotilla.
    Astro Awani & Website khas & Tweets.
    Masa dpt tweet ll4g yg expecting hostility dr pkul 11mlm smpai 3pg tue, mmg x tidoq sbb tggu berita kslmtn.

    Serius, bila dpt tau konvoi kena tgkp, tertitis air mata gak.
    Terkilan gak bantuan x dapat sampai hand-to-hand ke Gaza.
    Tapi, yang penting, anda smua slmt.
    Alhamdulillah.

    Moga usaha murni nie diteruskan.

    Haha, and yes, x sangka dpt jumpa 6 dr 12 idola baru saya masa anda semua di Irbid aritu.
    Salute Dr Syed Muhammad Halim. Cool sgt.
    Dan Ust Jamaluddin sangat lawak. Bes2.

  14. Salam..
    Tahniah atas keberanian anda utk sama2 mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Gaza..tapi malangnya tidak dpt menjejakkan kaki di bumi Gaza..bersyukur kerana semuanya selamat dan ini hanyalah langkah pertama..semoga ada langkah2 yg seterusnya selepas ini kerana niat yang baik pasti akan diberkati oleh Allah…

  15. Alhamdulillah, semua selamat. But rasanya, mesti ada perasaan nk pegi ke gaza lagi kot 🙂

    salam ziarah, bro ashwad

  16. Salam..
    Alhamdulillah, akhirnya kesemuanya selamat pulang ke tanah air..Baru lpas menonton tv1 dan sgt teruja mendengar pengalaman kesemua 12 org! satu pengalaman yg perit dan saya juga turut merasai semangat dan keperitan tersebut.
    Anda semua sgt bertuah krn dpt merasai pengalaman yg sgt bernilai ini dan merasai kesengsaraan yg di alami rakyat Palestin walaupun hanya utk beberapa hari tp ia sudah cukup utk menyedarkan kita dan dunia tentang kekejaman rejim zionis.
    Walaupun kita tidak berjaya menghantar bekalan ke Gaza tapi sebenarnya kita telah berjaya menunjukkan bahawa semangat Islam tidak pernah gentar dgn rejim zionis. Allah sentiasa memberkati dan melindungi umatnya yg berjuang di jln Allah..

    Insyaallah, one day the glory be with us..amin

    Nurul

  17. “kemenangan disebalik kegagalan”
    yang pasti, misi kita semua masih belum berakhir.
    semoga Tuhan akan memberi kita kekuatan untuk meneruskan segala yang terunda.

  18. alhamdulillah,,semua selamat 🙂 setiap kali tgk tv,bace paper.. cerita 12 rakyat m’sia yg ditahan pihak israel paling menarik perhatian.keberanian kalian semua amat membanggakan 🙂

    Proud to be Malaysian 🙂

  19. Salam Alaik,
    Alhamdulillah selamat sampai & pulang ke tanah air.
    Moga kita dpt bertemu lagi di tanah air pd masa akan datang.
    & Selamat berkenalan dari kami mahasiswa Malaysia Mu’tah, Jordan.
    Kami mendoakan moga saudara & sahabat2 seperjuangan dalam keadaan yang baik2 belaka & dipanyungi rahmat Maha Esa.

  20. alhamdulillah,Syukur pada Allah krn masih mberikan peluang kpd saudara2 yg sanggup mgadai nyawa demi menyambung hayat2 saudara2 kita yg brada d Gaza,Palestin..sgla yg berlaku adlh krn Kehendak Nya semata2 & ada hikmah d sebaliknya,hanya DIA yg Maha Mengetahui stiap percaturan,Allah is d ULTIMATE PLANNER ever..syahid adlh impian semua umat Islam yg berjuang,ttp Allah yg menentukan segalanya..Kami bersama mu Palestine…to Ashwad..u r AMAZING..same to 17 heroes…Allahuakbar

  21. salam
    harap blm terlambat lg nk ucap selamat pulang.
    sgt mencemburui anda dan relawan yg lain..alangkah bahagianya jika sy juga dpt bersama2 menyertai misi ke Gaza…pengalaman yg sgt berharga!

  22. Salam.

    Syukurlah korang semua selamat kembali ke Malaysia.. Tp kalau bleh, sy nak sgt ashwad tulis blk kisah sblom, semasa & slepas dserang tentera Israel sb tak puas.. 1 soalan: Tentera Israel menembak Aktivis Turki secara rawak atau sebab aktivis Turki itu melawan utk mpertahankan diri??

  23. alhamdulillah, syukur sbb abg ashwad dan sume sukarelawan malaysia yg ada dlm kapal mavi marmara khususnya , dan juga kapal rachel corrie slmt kmbali ke tanah air. Wlupun, kite trkilan krn xdpt selesaikn misi tersebut. Sy bgga bile bace knp abg nk sgt ikut misi nie. Sy hrp 1 ari nnti sy punya kekuatan untk sertai misi ini jgk. (;

  24. Tahniah abg ashwad..
    Seronok dapat baca perkongsian yang jarang2 ditemui. Menarik…

    p/s: Mungkinkah abg ashwad menjadi lebih popular dari artis? ^_^

  25. Salam…

    Saya baru menonton Catatan Saksi Marvi Marmara…Cukup menyentuh hati..terasa bangga dan agak cemburu (in a good way) dengan pengalaman yang saudara Ashwad dan sukarelawan yang lain alami.Maksud saya ialah saya berharap memperolehi keberanian, samangat dan peluang yang anda semua ada.

    Seperti kata saudara Ashwad sendiri, apa yang dihadapi dan dialami oleh para sukarelawan semasa Mavi Marmara ditawan oleh tentera Zionis hanya seperti cubitan semut jika dibandingkan dengan apa yang dialami oleh penduduk Palestin…semoga kejadian ini semua tidak akan melemahkan semangat sukarelawan untuk terus berjuang memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin dan membuka mata dunia tentang keganasan yang dibuat oleh tentera Zionis..InsyaAllah 🙂

Leave a reply to syaf Cancel reply