…Is Like Pooping

Hi!

It’s been a long time I haven’t posted anything on my blog. Well, mostly because I’ve been busy ‘fine-tuning’, on the ‘newsroom adjustment’ front.

Recently, people have been asking me a lot on several issues regarding the state of the nation. 

Never-ending debate. But, I was glad to hear those voices were expressed in a mature manner. 

Managing conflict is not an easy task, however, it is not always negative. All you need is to reach a common solution that everyone can live with. 

A photo to ponder:
  

The bird didn’t poop on or around this Pakcik.

Advertisements

Israel minta maaf…sambil pejam mata

Pukul tiga pagi. Lebih tepat, tiga pagi Sabtu waktu Malaysia. Ketika sedang asyik melayan aksi dan jenaka Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, saya terima beberapa mesej ringkas yang bunyinya sama.

“Tengok CNN, Israel sudah memohon maaf kepada Turki berhubung insiden Mavi Marmara,” mesej ringkas dari beberapa sahabat serta seorang VVIP yang masih lagi berjaga ketika itu.

Sebagai ‘tukang cerita’ yang jadi saksi kekejaman rejim Zionis Israel ke atas kapal kemanusiaan Mavi Marmara, tiga tahun lalu, reaksi pertama yang terlintas dari lubuk hati amat ringkas.

“Ahh! Israel.”

Apa maknanya permohonan maaf Rejim Zionis Israel, tiga tahun selepas pembantaian segenap sudut kapal Mavi Marmara?

Jawapannya mudah, tak ada makna apa-apa. Kosong.

Sebagai seorang wartawan, mahasiswa sains politik dan hubungan antarabangsa, saya melihat permohonan maaf rejim Tel Aviv sepatutnya bukan hanya kepada Turki, tetapi rakyat Palestin yang paling utama.

Tanggal 31 Mei 2010, saya dan jurukamera
Samsul Kamal Latip serta 10 sukarelawan Malaysia yang ditahan bersama aktivis Flotila Pembebasan Gaza yang lain merasai sendiri bagaimana sengsaranya hidup sebagai rakyat Palestin.

image

Hidup dalam keadaan yang sarat dengan rasa tidak tentu, berdiri pun setinggi lengan ibaratnya. Pedih dan perih, semuanya menindih. Tetapi tidak mati rasa. Zikir tetap diteruskan walau dari jauh, di bumi yang aman ini.

Masyarakat di bumi anbia itu selama ini memerah keringat, menumpahkan darah dan menitiskan air mata mengharungi derita berdekad lamanya menghadap kekejaman Zionis. Kepada mereka jugalah Israel berhutang maaf.

Permintaan maaf itu juga menunjukkan kepada kita kedudukan Turki. Ramai penganalisis politik sebelum ini melihat Turki merupakan negara Islam yang berani dan berupaya menerajui usaha memerdekakan Palestin.

Hujah itu berdasarkan kepada kedudukan serta dasar luar Ankara yang sentiasa pragmatik, malah ada hubungan diplomatik dengan Tel Aviv.

Permohonan maaf Israel pula hanya menjurus kepada kematian 9 saudara aktivis dari Turki yang semasa kejadian berada di dek paling atas kapal berkenaan.

Kenyataan mengenai permohonan maaf itu pun datangnya daripada ‘si abang’, iaitu White House.

Langkah itu dilihat tidak lebih daripada sekadar mengkonstruk keadilan sebagai kosmetik pentas diplomasi yang sarat dengan agenda halus Amerika Syarikat dan Israel di rantau Asia Barat.

Jangan kita lupa keadaan yang berlaku di negara jiran kepada Turki iaitu Syria yang berdepan ketidakstabilan selepas dipukul badai kebangkitan rakyat sejak awal 2011.

Keadaan itu mendesak campur tangan antarabangsa, atau lebih tepat campur tangan ‘pencatur-pencatur kuasa’ di sana.

Walaupun Israel memohon maaf kepada Turki, gelora penentangan dunia terhadap agenda perluasan wilayah, dasar Israelisasi serta penjajahan terhadap Palestin tidak akan padam.

Bendera merah, hitam, putih dan hijau tidak akan pudar warna sebaliknya panji itu akan terus berkibar megah sehingga kiamat.

image

Semangat Mavi Marmara hanyalah katalis kepada perjuangan membuka pintu sempadan Gaza.

Thank You Malaysia.

Salam everyone!n I have 5 mins of using internet in Crown Plaza Hotel in Amman Jordan. Rakan-rakan seperjuangan, barisan pemimpin-pemimpin Malaysia, Rakyat Malaysia keseluruhannya, sy mengucapkan jutaan terima Kasih atas segala usaha dan berkat doa mengiringi konvoi Talian Hayat Utk Gaza. Jutaan terima kasih kerana mengadakan pelbagai usaha termasuk solat hajat demi memastikan 12 orang ahli konvoi Malaysia selamat dan keluar dari Israel. Pada masa sama, terima kasih kepada semua media dan saudara wartawan di Malaysia yang sedikit sebanyak meringankan kerisauan mama dan papa dengan bertemu secara peribadi dengan mereka di Alor Setar. Objektif konvoi adalah menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza secara terus, dan sy dan Samsul Kamal berperanan mengetengahkan realiti sebenar kehidupan dan mesej kepada dunia agar kepungan dan dasar Israelisasi rejim Israel dapat dilumpuhkan. Namun kami gagal menjejakan kaki di bumi Gaza. 

Kini sy berharap agar semua pihak berdoa agar kapal Rachel Corrie milik Tun Dr Mahathir dapat menembusi sekatan Israel di perairan Gaza.  6 warga Malaysia terdiri drpd aktivis PGPO termasuk Abang Shamsul Tocang semuanya atas kapal kini bertarung nyawa untuk hantar bantuan ke Gaza dalam gelombang kedua Flotilla. Sy berharap semua berdoa keselamatan mereka terjamin.      

Ashwad Ismail

Wartawan Astro AWANI

Burma Political Climate

June 2010, will be a historic democratic transition in Myanmar since 1989. However, the famous Aung San Suu Kyi won’t contest it due to her house arrest.

This election will help Burma regain its rightful place in the regional and global mainstream. At least, break out of their isolation in international geopolitical landscape.

US interest on ASEAN post Bush era step in to the new paradigm. Normalisation of Myanmar will not only inject new momentum to ASEAN, but also invigorate the relationship between ASEAN and supranationalist bloc of US-EUROPE.

Progress towards democracy, however, the transition will not occur overnight. One thing for sure, military rulers, the junta do not give up power easily.

ASEAN has to play big role on helping Burma especially in aspect of participation of the generals in democratic politics should be allowed. Or else, absolutism and totalitarianism will remain as a pillar of Burma.